{ self eternal }
The moment I’ve always dreamed about breaks down and after everyone I believed would stay by me, leaves
The pieces of my memory if among them, just one, just one moment became strength to me
Sometimes when you realize there is no one by your side, you know it’s time to learn how to face things alone
 { R E M I N I S C I N G }
C L I M A X
yeah we winnin. we winnin winnin all day
널 좋아해
Follow // Home
"Salah satu keputusan yg sukar untuk dilakukan dalam hidup bila disuruh untuk memilih untuk berlalu pergi atau pun usaha lebih keras lagi."
메시지
감사합니다
KTAR ❤
Holla ! Dah 1 bulan tak update blog . Last updated 23/02/2013 . Actually memang tak sempat nak updated langsung . Aku pun baru balik dari hostel kelmarin . Memang penat sangat .
Sebenarnya tak sangka pun dapat masuk MRSM . Memang takda nak harap sangat sebab dah tau kakak pun tak dapat . Tiba-tiba,hari Selasa 05/02/2013 . Waktu aku balik sekolah,mama congrates kat aku . Then,mama cakaplah,adik dapat masuk MRSM . Minggu depan hari Isnin dah kena pergi . Dalam hati,Ya Allah,kenapa cepat sangat ?? Aku baru je nak sesuaikan diri kat sekolah baru then,kena tukar sekolah pula .
Memang waktu mama cakap tu aku happy . Tapi,dalam hati,aku nangis sebab nak kena tinggalkan Klang lagi 6 hari je . Memanag tak sangka lah secepat tu . Tapi,aku redha je dengan keputusan mama . Mama nak aku masuk MRSM pun sebab dia suruh aku belajar berdikari .
Isnin:11/02/2013-Waktu tu aku memang excited sangat nak pergi lapor diri . Walaupun dalam hati tu rasa berat sangat nak tinggalkan rumah,bilik,keluarga and my parents . Tapi,aku cuma ingat apa tujuan aku nak belajar dekat MRSM tu . Mula-mula lapor diri tu memang rasa sangat excited nak berkenalan dengan cikgu and kawan-kawan baru .
Tapi,esoknya aku dah mula menangis or homesick . Sebab rindu parents . Mana tak rindu,selama 12 tahun aku hidup,aku tak pernah berjauhan daripada parents aku . Even pergi kem pun aku tak pernah . That's why lah aku homesick . Tapi,homesick tu tak lama pun . 1 minggu je . Then,homesick tu hilang lepas aku berjumpa dengan kawan-kawan baru .
Kelas aku ada 23 orang je . Tak ramai pun . Tapi,lelaki kat kelas tu ada 2 orang je . Nama diorang Syahmi and Afiq . FYI,Afiq tu crush aku . Dia comel ~ Mama pun cakap dia comel . Mama siap nak jumpa dengan Afiq kot . Mama cakap,Afiq tu memang taste mama . One more thing,mama bagi restu untuk aku berkawan dengan Afiq . Thanks mama ..
New Friends .. Kawan dengan diorang memang awesome sangat-sangat . Aku takkan rasa sunyi . Sebabnya,setiap kali dengan diorang,aku akan rasa happy walaupun kadang-kadang perangai diorang ni menyakitkan hati .
~FATIN NURSABRINA
~FATIN NADZIRA
~SYAZWANI
~SHAHIRAH
~MIRZA SYAZANA
~ALYA HANNAH
~AYU LYDIA
Aku happy sangat dapat kenal dengan diorang . Mula-mula memang rasa janggal tapi,lama-lama .. Dah rasa macam 1 tahun kita orang kenal . Dalam masa 2 minggu tu,banyak pengalaman pahit manis yang kita orang kongsi sama-sama . Bila cuti sekolah ni,rasa schoolsick pula bila tak dapat jumpa diorang .
Cikgu yang mengajar kelas aku pun semuanya baik-baik . Lagi-lagi Mr.Neil . My English teacher . Mr.Neil ni pandai nyanyi lagu Negaraku walaupun sikit . Suara dia pun sedap . Then,my homeroom is Mr.Idham . Dia ni Pen.Ketua Warden . Warden ?? Mesti tegas kan ? Yup,memang tegas .
My Cubemate and about My Dorm .
Cubemate aku nama dia Illiya . Orang panggil dia katak sebabnya dia takut gelap . About my dorm .. Kawan-kawan dorm aku pun semuanya sporting walaupun diorang first intake . Tapi,diorang memang best . Perangai macam kanak-kanak riang . Tapi,aku enjoy kawan dengan diorang .
So .. Itulah serba sedikit cerita yang aku dapat kongsikan . Just nak cakap yang KTAR or MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak memang BEST ! Sekolah tu memang sama dengan taste aku walaupun peraturan kat situ ketat .. Tapi,takpa . Aku akan cuba untuk patuhi peraturan kat sekolah tu . Insya-Allah . Wish me luck at KTAR guys . Loves you ..
← Newer Post
Older Post →
|
|
|